Friday, April 25, 2008
Tenggiri Alang dari Batu Berhala
Oleh Nordin Misnan (Joran BH: 22 Feb 08)
NENASI: Setiap kali memancing di perairan ini, pasti Arafin Jahar tidak ketinggalan membawa dua anak - Tirmizi, 15, dan Mohd Ghazali, 11, yang turut mempunyai minat sama dengan ayahnya.
Kesempatan cuti penggal persekolahan baru-baru ini, dua beradik itu bersantai bersama rakan ayahnya, Abdul Razak Mohd, Muzaimie Mat Dom, Meor Amir Abd Salim serta penulis dibantu tekong Mat Maggi (Alias Talib), 50.
Impian kami untuk menjinakkan tenggiri (Scomberomorus guttatus), jenahak (Lutjanus johni) dan ikan merah (Lutjanus lemniscatus) di Lubuk Bubu, Batu Berhala serta Karang Luas.
Arafin berkata, ketika ekspedisi terdahulu ketiga-tiga lokasi itu terbukti banyak tenggiri dan lebih menarik gemar makan malam.
“Saya pun tidak tahu kenapa. Yang pasti setiap kali turun ke sini, ada saja tenggiri ditewaskan pada waktu malam. Perkara ini jarang sekali berlaku di lubuk lain yang mana tenggiri aktif waktu siang,” katanya kepada penulis yang turut terkejut melihat beliau menaikkan seekor tenggiri seberat 8 kilogram (kg).
Masing-masing kehairanan kerana umpan ikan selar hidup menerusi pancingan hanyut menggunakan belon disambar tenggiri Karang Luas membuatkan Arafin menggelupur kerana terpaksa menyambar pantas joran Ugly Stick daripada terjatuh ke dalam laut.
“Fuh... nasib baik sempat. Kalau tidak jadi tukun nampaknya joran dan kekili Shimano TLD30 aku,” kata Arafin.
Terdahulu, ketika menduga lubuk Batu Berhala, Mohd Ghazali atau Alang, membuktikan dia bukan sebarangan pemancing apabila menewaskan seekor tenggiri seberat 5kg dengan kaedah pancingan dasar.
“Abah... abah ikan dah makan,” jerit Alang sambil tersembul keluar gula-gula getah yang dikunyah.
Dengan tenang Alang mencapai joran Ugly Stick dan mengarau kekili Shimano yang dihadiahkan ayahnya sempena hari jadi yang ke-11, seminggu sebelumnya.
“Kau ni kecik-kecik cili padi... tidak kurang hebatnya,” kata Mat Maggi.
Ketika menewaskan tenggiri itu, Alang menggunakan Trilene Big Games berkekuatan 30 paun sebagai tali utama dan mata kail Gamakatsu Bonefish nombor 2 yang diikat dawai bagi mengelakkan ia terputus.
Sementara itu, Abdul Razak, Muzaimie, Meor Amir, Arafin dan penulis sibuk melayan kerapu, kerisi serta jenahak. Hasilnya, ikan seberat 300 gram hingga sekilogram memenuhi tong. Bosan kerana tenggiri tidak sudi lagi menyambar umpan ikan selar kuning yang dipasang, Arafin meminta tekong beredar ke lubuk lain.
Dalam perjalanan sempat juga Abd Razak menunda menggunakan Rapala Super Shad Rap, tiba-tiba satu henjutan kuat dan serentak dengan itu tali dari gelendung kekili Okuma Classic miliknya meluncur laju.
“Alamak, tersangkut pada bubu. Perlahankan bot,” jerit Arafin pada tekong Mat Maggi.
Harapan kami mendaratkan ikan bersaiz mega nampaknya belum membuahkan hasil. Dengan bantuan alat penduga gema dan GOS kami bergerak mencari lubuk lain. Setelah menikmati juadah tengahari, Mat Maggi memandu bot ke Karang Luas kira-kira 21 batu nautika dari Jeti.
Difahamkan lubuk Karang Luas menjadi kediaman ikan bergred A. Antaranya, ikan merah, jenahak, tenggiri dan kerapu. Umpan terbaik adalah umpan segar. Hasilnya, Amir menaikkan dua kerapu sekali gus menjadikannya juara pada ekspedisi kali ini.
Adegan tarik menarik ikan pada malam terakhir ekspedisi dua hari menyaksikan mereka membawa pulang tiga tong yang dipenuhi pelbagai spesies ikan yang kemudian dibahagikan sama rata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
top [url=http://www.c-online-casino.co.uk/]uk casino online[/url] coincide the latest [url=http://www.casinolasvegass.com/]online casinos[/url] unshackled no set aside perk at the chief [url=http://www.baywatchcasino.com/]easy casino
[/url].
ada lagi ke lubuk nie? hhu
Post a Comment