Friday, April 25, 2008
Pakar buru ikan layar di Karang Luas, Batu Cha
Oleh Amran Abdullah (Joran BH: 20 Julai 07)
ROMPIN: Laut di sekitar Nenasi dan Merchong, Pahang adalah satu khazanah yang tidak ternilai. Tidak ramai kaki pancing yang tahu perkara ini kerana Nenasi sering dianggap perkampungan nelayan terpencil.
Seorang pengusaha dan tekong terkenal di daerah ini, Ahmad Othman (Gambar), 63, yang dikenali sebagai Mat Maggi menjadikan Merchong terkenal ke peringkat antarabangsa kerana gambarnya dirakamkan dalam banyak majalah, akhbar, video yang memaparkan kegiatan memancing di kawasan itu di luar negara.
Ahmad yang mudah mesra dengan sesiapa saja membangunkan Nenasi Motel dan Rekreasi untuk memenuhi peminat kaki pancing yang berhasrat memancing di sini dan Merchong.
Beliau membangunkan motel enam bilik itu sejak enam tahun lalu dengan menyediakan penginapan dan pakej memancing. Kadar penginapan RM70 yang turut menempatkan empat katil serta kemudahan pendingin hawa.
Motel miliknya itu menyediakan pakej memancing dengan kadar harga istimewa bagi sebuah bot yang menempatkan enam pemancing.
Ahmad juga menyediakan perkhidmatan memasak kepada kaki pancing dengan hidangan istimewa iaitu masakan ala kampung Nenasi serta ulam segar seperti daun, jambu gajus yang banyak terdapat di situ.
Beliau turut membina sebuah replika ikan layaran yang menjadi batu tanda motelnya.
Banyak juga pemancing yang mendapatkan perkhidmatan Ahmad bagi memancing ikan layar atau marlin di kawasan Batu Cha dan Karang Luas.
Kebanyakan pemancing datangnya dari Singapura serta luar Pahang seperti Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Melaka, Ipoh dan Pulau Langkawi. Ahmad boleh dihubungi 012-9533 906.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment