Sesudah selesai membaiki tayar yang pancit, kami meneruskan perjalanan melalui Kota Tinggi, Mersing, Endau dan Nenasi. Perjalanan mengambil selama 4jam untuk sampai ke destinasi dan akhirnya bila tiba disana, kami terus kebilik kami yang sudah disediakan oleh pemilik Nenasi motel, Ahmad Hj.Othman atau dikenali sebagai Pak Mat Maggi.
Setelah menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid disana, Pak Mat mengarahkan kami ke boat pancing beliau tepat pada jam 1530hrs. Boat pancing beliau hanya berdekatan ditepi motel dan sungguh senang kami memindah barang kami kedalam boat.Disini ingin saya mengatakan bahawa Motel Nenasi dan pakej memancing yang disediakan, diuruskan oleh Pak Mat dan isterinya berdua sendiri. Kami angkat "TABIK" untuk Pak Mat dan isterinya yang melayan kami tanpa mengira penat.Kami menggunakan dua boat bagi 12 pemancing.
Setelah itu kami menuju ke Pulau Berhala untuk pancing dasar.
Selain dari ikan karang yang kami dapati malam itu, kami juga diserang sotong. Sungguh mewah malam itu kerana cadat untuk sotong sentiasa mengena. Adegan itu berlarutan sehingga subuh.
Pak Mat memberi arahan untuk bertrolling lagi dan tak sampai setengah jam, rod Fairuz mengena strike lagi. Kali ini permainan ikan agak kasar dan setelah berjaya mengheret ikan ke tepi boat, kami sungguh gembira kerana ikan yang tertewas itu adalah ikan Tenggiri berskala 4 kilo teratas (kami tidak membawa scale).
penulis asal: SEA GUARDIANS dari http://www.freewebs.com/nelayanclub/
penulis alih bahasa : rossifumi






