Trip Nenasi - 21/03/08
Sesudah selesai membaiki tayar yang pancit, kami meneruskan perjalanan melalui Kota Tinggi, Mersing, Endau dan Nenasi. Perjalanan mengambil selama 4jam untuk sampai ke destinasi dan akhirnya bila tiba disana, kami terus kebilik kami yang sudah disediakan oleh pemilik Nenasi motel, Ahmad Hj.Othman atau dikenali sebagai Pak Mat Maggi.
Setelah menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid disana, Pak Mat mengarahkan kami ke boat pancing beliau tepat pada jam 1530hrs. Boat pancing beliau hanya berdekatan ditepi motel dan sungguh senang kami memindah barang kami kedalam boat.Disini ingin saya mengatakan bahawa Motel Nenasi dan pakej memancing yang disediakan, diuruskan oleh Pak Mat dan isterinya berdua sendiri. Kami angkat "TABIK" untuk Pak Mat dan isterinya yang melayan kami tanpa mengira penat.Kami menggunakan dua boat bagi 12 pemancing.
Sebelum kekawasan laut terbuka, boat kami terpaksa melalui sungai cetek (air surut) selama setengah jam.
Keadaan laut ketika itu tidak berapa baik untuk memancing kerana angin kuat tetapi kami meneruskan juga trip ini kerana sudah tidak tertahan gian mengail. Pak Mat menasihatkan kami untuk bertrolling dan saya bersama dua teman saya mengunakan lure Yo-zuri berwarna hijau dan biru berserta Rapala berwarna oren. Selang 20minit bertrolling, teman saya yang bernama Fairuz mendapat 'strike' pertama. Dan sesudah berlawan tak sampai 5minit, ikan sudah tertewas(Barracuda).Tahniah bagi Fairuz kerana dia orang baru (tak mabuk pulak tu).
Setelah itu kami menuju ke Pulau Berhala untuk pancing dasar.
Selain dari ikan karang yang kami dapati malam itu, kami juga diserang sotong. Sungguh mewah malam itu kerana cadat untuk sotong sentiasa mengena. Adegan itu berlarutan sehingga subuh.
Setelah itu kami menuju ke Pulau Berhala untuk pancing dasar.
Selain dari ikan karang yang kami dapati malam itu, kami juga diserang sotong. Sungguh mewah malam itu kerana cadat untuk sotong sentiasa mengena. Adegan itu berlarutan sehingga subuh.
Pagi kedua, kami disajikan mee goreng untuk bersarapan yang digoreng sendiri oleh Tekong, Pak Mat. Kami meneruskan aktiviti memancing di unjam kerana tujuan untuk ke Karang Luas terbantut kerana angin kuat. Di unjam, kami memperolehi banyak ikan karang seperti merah,kerapu,kerisi,jemuduk dan macam-macam lagi bersaiz 15cm ke 20cm dan seekor cermin kasar, ok lah dari takda.
Pak Mat memberi arahan untuk bertrolling lagi dan tak sampai setengah jam, rod Fairuz mengena strike lagi. Kali ini permainan ikan agak kasar dan setelah berjaya mengheret ikan ke tepi boat, kami sungguh gembira kerana ikan yang tertewas itu adalah ikan Tenggiri berskala 4 kilo teratas (kami tidak membawa scale).
Sekian.
penulis asal: SEA GUARDIANS dari http://www.freewebs.com/nelayanclub/
penulis alih bahasa : rossifumi
penulis asal: SEA GUARDIANS dari http://www.freewebs.com/nelayanclub/
penulis alih bahasa : rossifumi
sumber: www.pancing.net